Tuesday, July 8, 2008

MB SELANGOR BERMAIN POLITIK

DAP Manipulasi Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor. 7 wakil dalam Majlis Daerah. Kebanyakan orang luar

Sudah jelas dan terbukti DAP mengambil peluang dan memanipulasi dalam pemilihan Ahli Majlis Daerah khususnya Kuala Selangor. Tindak tanduk DAP ini secara sengaja memperkecilkan kredibilii parti sejawat PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat.
DAP mengambil peluang untuk memberi hadiah kepada sekutu dan kroninya dengan mengorbankan hak pembayar cukai tempatan. Prinsip asas berkerajaan tempatan diketepikan dengan mudah. Malah, unsur kronisma mula terserlah.
DAP sudah mula bermain api. Manakala MB Selangor tidak kisah dan membiarkan api itu marak menyala.
Dalam pilihanraya umum yang lalu, Parlimen Kuala Selangor menawarkan 3 kerusi DUN. Satu memihak kepada Barisan Nasional di Jeram, manakala Bukit Melawati dan Ijok memihak kepada PKR dan PAS mengungguli Parlimen Kuala Selangor.
Apabila Selangor jatuh ke tangan PR, di Kuala Selangor, seperti ribut bekas ahli-ahli MCA menubuhkan cawangan DAP terutamanya Pasir Penambang dan Jeram. Pengamat politik daerah ini tahu benar siapa sebenarnya yang benar-benar DAP dan siapa sebenarnya sesumpah. Dengan anggaran awal DAP akan mendapat 3 atau 4 kerusi Ahli Majlis di anggap memadai dan bersesuaian dengan kehadirannya yang kecil.
Kejutan demi kejutan berlaku. Kini DAP mendapat 7 kerusi. PKR 6 kerusi dan PAS 6 kerusi, selebihnya diisi dari NGO dan profesional. Terdapat sedikit pertukaran saat akhir dimana Azmi Ahmad ditukar menggantikan Dr Idris manakala Hj Kudus digantikan dengan En Zainal dari Permatang.
Hanya 2 wakil DAP anak tempatan ia itu Low Tan dan Tan Hon Li, manakala Kwi Ai Mei juga dikenal pasti mewakili DAP tetapi diletakkan atas tiket NGO. Ketika pertemuan menerima watikah, Kwi Ai Mei tersasul menyatakan ia wakil DAP.
Kalangan DAP tempatan sendiri sukar mempercayai Kwi Ai Mei boleh terpilih.
Selain mengisi kouta nya dengan memberi laluan kepada Khairul Anwar Ahmad Nor, Ang Boon Teck, Ahmad Bongsu Hamid Tuah, Selvandran Ponglidian semuanya adalah dari luar. Ang Boon Teck diberitakan seorang sepupu YB Sekinchan Ng Sue Lim (kronisma).
Ini bermakna DAP mendapat 7 kerusi kesemua melalui manipulasi NGO. Ahmad Bongsu pernah bertanding dalam Pilihanraya atas tiket DAP, Khairil Anwar adalah anak kepada bekas pengerusi DAP Ahmad Nor. Jelas sekali DAP mahu membalas jasa pemimpin lama mereka dengan mengorbankan hak pembayar cukai Kuala Selangor.
Adalah amat mengelirukan mengapa DAP mengambil tindakan ini dan tidak menghormati pembayar cukai Kuala Selangor.
Tindakan ini akan mencalarkan perasaan PKR dan PAS. Tindakan ini adalah permulaan kepada kehancuran Pakatan Rakyat. Sudah nampak kegelisahan beberapa pihak. Ada juga pendapat yang mahukan PAS tarik 'hand brake' untuk menghentikan gelagat lucu DAP dan Khalid Ibrah

No comments: