PEMBERSIHAN “PENGARUH-PENGARUH PEMBANGKANG” OLEH MB SELANGOR
Pihak BN jangan TERKEJUT dengan pembersihan ini, kerana INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ORANG2 UMNO, MIC , MCA MAHUPUN KRONI KHIR TOYO, SAMADA HIDUP MAHUPUN MATI.
Ini adalah “pembersihan” oleh Tan Sri Khalid terhadap orang-orang PKR sendiri!!!Apa yang terjadi di Ampang, Klang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah kerja PEJABAT MENTERI BESAR.Lihat sahaja apa terjadi pada Saudara Suhaimi Mohd Nor ,Pemangku Ketua Bahagian Klang (lihat petikan daripada the Star, Rabu, 9 Julai 2008) yang di”cantas” daripada menjadi Ahli Majlis MPK, Majlis Perbandaran Klang. Lihat apa terjadi pada Dr Badrul Amin, Ketua Bahagian Sabak Bernam di Sabak Bernam.Bandingkan beliau dengan seorang bernama Salmah Ismail yang tidak ada langung pengorbanan setitik peluh di Sabak Bernam.Orang yang berjasa dari zaman reformasi dulu hingga sekarang, nama Dr Badrul Amin pun tak disenaraikan didalam Ahli Majlis Sabak Bernam.Lihat apa terjadi di Ampang, seorang penjenayah yang mengampu YB Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita PKR Nasional) disenaraikan sebagai Ahli Majlis MPAJ.Ramai2 lagi orang2 lama reformasi di Ampang yang berkelayakan boleh diketengahkan.Lihat apa terjadi di Kuala Selangor,dimana pejabat DAP pun takde tapi 5 orang DAP dari mana2 pun dapat jadi Ahli Majlis Daerah.
Taktik2 BN mula menular didalam PKR
Semenjak PKR menang, kita mengharapkan Politik Harapan Baru di Malaysia.Bercerita tentang konsep ini, jelas kita hendak perubahan dari segi kepentingan politik.Pakatan Rakyat di Selangor, diketuai oleh pimpinan PKR patut tahu apa itu “kepentingan politik”.Bukankah kemenangan setiap YB-YB PKR adalah atas tiket parti politik Parti Keadilan Rakyat.?Tetapi sejak kebelakangan ini , pemerintahan negeri Selangor dalam misi telus dan cekap , ingin menunjukkan pada pihak pembangkang , iaitu BN dan rakyat Selangor bahwa mereka bukan macam pemerintahan yang lalu, dimana orang politik diberi keutamaan. Jadi MB Selangor dalam salah satu agenda ialah untuk menukarkan komposisi Ahli2 Majlis PBT dengan orang2 yang dikatakan membawa HARAPAN BARU kepada pemerintahan negeri Selangor. Panel Pemilih Ahli-Ahli Majlis ditubuhkan, dimana terdapat YB-YB seperti Ronnie Liu (DAP), Sivarasa(PKR), Dr Xavier(PKR), Zuraida Kamarudin (PKR) , Cikgu Lee.Apa yang terjadi selepas itu adalah satu fenomena yang cukup bahaya didalam PKR .Dari apa yang kita tahu pemilihan Ahli-Ahli Majlis ada bermasalah.Adakah YB-YB ini sudah “chai” atau ertikata lain, sudah memilih kroni2 mereka didalam pemilihan Ahli-Ahli Majlis? Sekurang2 nya BN dahulu , kita tahu apa niat mereka didalam PBT tetapi fenomena bahaya ini lebih TERUK lagi kerana pihak pimpinan atasan mempamirkan TELUSAN DAN TIADA AMALAN KRONISMA TETAPI PERKARA2 SEBALIKNYA BERLAKU DIBELAKANG TABIR KONSEP HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA. Adakah YB-YB ini sudah mengamalkan kata sepakat “satu untuk aku,satu untuk kau”…mereka dah berkira2 antara mereka untuk meletakkan orang2 mereka…???
APAKAH YANG KITA TENTANG SELAMA INI DENGAN BN ,BERLAKU PULA DIDALAM PKR????
MB SELANGOR DAN YB-YB PKR SELANGOR MEMPUNYAI DUA MUSUH UTAMA SEKARANG :SATU MUSUH YANG NYATA, UMNO BERSERTA BN DAN KEDUA, MUSUH DALAMAN YANG AKAN MEJADI DURI DALAM DAGING.
Friday, July 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment