Friday, July 4, 2008

AMALAN KRONISMA DIDALAM PEMILIHAN AHLI-AHLI MAJLIS MPAJ OLEH YB PARLIMEN AMPANG

MB Selangor , Tan Sri Khalid, ada menyebut didalam surat khabar the Star, Sinar dan Suara Keadilan beberapa minggu lalu tentang ketelusan dalam pemilihan Ahli-Ahli Majlis PBT tanpa ada campurtangan YB ADUN dan YB Parlimen.Tetapi pemilihan Ahli-Ahli Majlis dikebanyakan PBT dilihat banyak kepincangan dan ada unsur kronisma.

Salah satu PBT yang dihubungkait adalah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
YB Parlimen Ampang, Hajah Zuraida Kamaruddin mengamalkan kronisma didalam pemilihan Ahli-Ahli Majlis MPAJ.Beliau adalah salah seorang daripada Panel Pemilihan Ahli-Ahli Majlis PBT di seluruh negeri Selangor. Terdapat info daripada sumber yang sah, bahwa biodata-biodata Ahli-Ahli Majlis MPAJ dipihak beliau ,dihantar secara "last minute" tanpa usul periksa dan penelitian yang rapi tentang latar belakang mereka.Apakah MB Selangor mengetahui percaturan ini ?.Itu hendaklah ditanya kepada Cikgu Lee, Ronnie Liu , Sivarasa Rasiah dan Dr. Xavier (Mereka adalah YB-YB didalam Panel Pemilihan).Ataupun sudah pun ada unsur "kira-kira" antara mereka? Apa yang diketahui oleh pihak kami, pada 23hb Jun 2008,bahwa 17 daripada 22 Bahagian2 PKR di Selangor tidak berpuashati didalam beberapa isu-isu kepartian termasuk didalam pemilihan PBT (akan kami lapurkan akan datang).Jadi hendak dipilih orang2 professional tetapi cara pemilihan tidak secara profesional!!!

Didalam senarai yang dikeluarkan di Surat Khabar the Star bertarikh 21hb Jun 2008, terdapat 8 orang daripada 24 orang Ahli-Ahli Majlis dikenal pasti sebagai kroni YB Parlimen.


SIAPAKAH MEREKA ………
1)Izzudin Che Din –NGO
Ini adalah satu penipuan. Kami hendak tahu apakah nama NGO yang diwakili beliau.Kebanyakan orang di Bukit Antarabangsa mengetahui beliau selama ini tidak bernaung dibawah mana2 NGO.Beliau adalah Wakil Parlimen Bukit Antarabangsa dan adalah ahli PKR cawangan Bukit Antarabangsa.

2) Tan Hua Meng –PKR
Sebelum pilihanraya , tidak nampak muka. Lepas pilihanraya, buka pusat khidmat masyarakat di Pekan Ampang dan telah menjemput YB Zuraida merasmikan dengan penuh meriah sekali.Tiba2 nama melonjak menjadi Ahli Majlis MPAJ.Ditanya kepada orang-orang lama PKR di Ampang, mereka pun tak kenal siapa dia ini.Banyak lagi calon-calon berbangsa Tionghua yang layak .Mana keadilan yang dicanang2kan?

3)Hayati Abd Samad-PKR
Beliau adalah Bendahari NGO bernama WIRDA.WIRDA ini adalah NGO yang dipengerusikan oleh tidak lain dan tidak bukan, YB Parlimen sendiri.PKR Bahagian Ampang pun tidak mengenali beliau.


4)Balachander Kathiravelu –PKR
Beliau adalah Wakil Parlimen Ampang (Pegawai Penyelaras Pembangunan Ampang). Dibawah YB Zuraida , beliau adalah ketua kaum India. Ini jelas melanggar prinsip PKR dimana parti PKR adalah parti berbilang kaum, mana boleh ada ketua2 untuk setiap kaum. Beliau bukan merupakan anak jati Ampang, malahan baru satu tahun setengah sahaja menetap di Ampang dan baru empat bulan menjadi ahli parti PKR. Ditanya kepada PKR Bahagian Ampang, mereka pun tak mengetahui latar belakang Balachander Kathiravelu.

5)Sooria Narayanan-Ampang Indian Community Charity Bureau
Beliau adalah Ketua MIC salah satu cawangan di Batu Caves (masih memegang jawatan). Di bawah YB Zuraida , beliau adalah ketua kaum India No 2 dibawah Balachander..NGO pun tidak diketahui berdaftar atau tidak? Orang-orang kaum India di Ampang tak pernah dengar NGO tersebut.

6)Abdul Aziz Ahmad –Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Pemilihan beliau dipersoalkan sendiri oleh Dato Ma'amor , Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri.(Rujuk the Star bertarikh 23hb Jun 2008).Fikirlah sendiri dari mana beliau dicalonkan.

7)Supriamanay Sinnapayal-MTUC
Beliau dalah orang MTUC yang tinggal di Puchong, bukan daripada Ampang.YB Zuraida dan YB Sivarasa yang mengusulkan beliau ke Ampang.

8)Azman Shah Mohd Yusof-PRO
Professional daripada mana???Menurut sumber daripada pejabat MB sendiri , ada pengaruh YB Zuraida didalam pemilihan beliau.

Hendak ditegaskan disini bahwa sejak daripada awal lagi sepatutnya biodata2 calon ahli-ahli majlis harus diteliti secara terperinci. Seperti kata YB Ronnie Liu bahwa rekod calon-calon akan diperiksa oleh BPR, POLIS dan calon2 mestilah bukan daripada golongan yang bankrap.Tetapi seperti yang dinyatakan, YB Zuraida banyak berdolah-dalih dalam menyerahkan biodata-biodata awal2 lagi dan disaat terakhir bila MB minta ,baru beliau hantar biodata-biodata kroni beliau.
Apa yang berlaku bahwa ramai lagi yang layak di Ampang daripada kalangan parti PKR dan juga NGO diketepikan.YB Zuraida pentingkan diri sendiri bukan masyarakat. Bagaimana nak telus dan jujur untuk berbakti kepada masyarakat jika pemilihan ahli-ahli majlis PBT pun tidak betul.Bagaimana mungkin ada ketelusan didalam pemberian tender jika sudah ada amalan kronisma dialam Ahli-Ahli Majlis.

Banyak lagi kepincangan berlaku di PBT2 lain termasuk di Sabak Bernam. Puan Salmah Ismail telah dipilih sebagai ahli majlis daerah Sabak Bernam.Beliau merupakan pegawai pembantu khas YB Zuraida di pejabat Parlimen Ampang dan juga merupakan Ketua PKR Bahagian Cheras . (Macamana orang Kolumpur boleh jadi anak Slangor).Beliau dahulu adalah salah seorang penerima bebarapa keping tanah daripada Umno Gombak atas kapasiti sbagai ahli UMNO Gombak. Rakyat nak dapat tanah pun susah, ahli umno senang dapat.

WE WANT MUNICIPAL COUNCIL ELECTION BACK!!!!!

-AKAN DATANG:MENGAPA 17 BAHAGIAN2 PKR BANGKIT MENENTANG MB SELANGOR, TAN SRI KHALID DI ISTANA MESTIKA PADA 23HB JUN 2008, PUKUL 10 MALAM.???APAKAH ISU-ISU HANGAT YANG DIBANGKITKAN SELAIN ISU PENGUGURAN SDR YAHYA SAHRI???

-daripada V13, "Apa Nama?Cerminlah diri sendiri!"



MPAJ List of councillors
Name Organisation
Wan Hasrina Wan Hassan PAS
Abdul Jalil Hassan PAS
Izzudin Che Din NGO
Abdul Aziz Ahmad Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Azman Shah Mohd Yusof PRO
Tan Hua Meng PKR
Azhari Ismail DAP
Lee Shok Jing KL-SCAH, RA
Wong Khai Pun DAP
Supriamany Sinnapayal MTUC
Ali Ismail PAS
Fazlul Rahimi Maarop PAS
Thew Kon Huang DAP
Loh Kiat Khiong NGO
Chan Susann DAP
Hayati Abd Samad PKR
Abdul Wahab Hasan PAS
Jefrein Mohamad PKR
Razali Ramli PKR
Abdul Halim Mohd Yusof PKR
Sooria Narayanan Ampang Indian Community Charity Bureau
Nik Md Zin Nik Mohamad PKR
Meor Rithuan Mohamed Said PAS
Balachander Kathiravelu PKR

(as reproduced from THE STAR dated 21st JUNE 2008)

3 comments:

norazimah mohamad nor said...

SALAM,

biasa la geng,kita kan xda duit dan xpandai menjilat....

Unknown said...

Nampaknya ada sahaja yg tidak kena dengan perlantikan ahli majlis. Why don't you publish your own candidates & your own CV? Boleh kita tengok ada org komen tak ur list? I guess you do not believe in changes. Once you are a criminal, you will be labelled a criminal until you die. Macam tu, baik bunuh ajer all criminal convicted. Law should change and the ideal punishment would be death. Wonder why the Quran does not state this and instead there are few categories of punishment namely, qisas, hudud & takzir? Oh, kalau u sendiri jadi MP I wonder how would u appoint your councillors? NGO rep must not be a party member? Professional yg macam mana u nak pilih? Will you choose a devil that you know or a devil that you don't know?

Unknown said...

I think the writer must be a BN/UMNO man. Listen, when UMNO Menteri Besar was in charge in Selangor, he also done the same things.
Furthermore, most of the things u have written here are purely lie and baseless. You do not have proof. Dont speculate around. Read Malaysia Today or Malaysia Kini to know the wrong doings by BN government.

Last but not least, Under our pak lah, how many umno MP are his crony? How many cabinet minister are againts Pak Lah? The answer is no one againts him.

Come on la man, this is Pakatan time. And i believe people are behind thier system and policies.

If BN wont, takkan mereka nak select ahli majlis from DAP. Pakatan menang, mestilah orang pakatan dalam majlis. Takkan orang UMNO kot.... pikir sikit la bro.

Guys out there, beware of this BN planted blogger.